• Satu Malaysia
  • shoot pertama EOS 1000D DSLR
  • Kepinginku 40D
  • Bugis.net

Sibuk dengan kerja

Thursday, June 25th, 2009 one Commented

Categorized Under: General

Sejak lepas cuti skolah ni kesibukan di tempat kerja semakin menjadi-jadi, selain daripada masalah seharian aku iaitu virus ditambah plak dengan karenah pelanggan.

Disebabkan oleh pelanggan juga kesabaran boleh tercabar. mengingatkan aku beberapa minggu lalu terhadap seorang lelaki separuh abad yang ego dan sombong, apabila ia mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya keluar dari mulutnya.

Mungkin angin orang tua hari itu kurang baik kerana terlebih makan viagra :). hanya kerana beliau bertanya radio di kedai komputer dan kami mengatakan kami tidak menjual radio, dan tidak semena2 melepaskan kata2 “you idiot?” :)

itu adalah cerita yang satu, sebenarnya banyak lagi peristiwa2 yang buatkan kami naik angin dengan customer. tapi apa boleh buat itu adalah kerja kami.

Photoshop yang best

Saturday, May 23rd, 2009 2 Commented

Categorized Under: Photography

Bagi yang expert photoshop mengedit gambar yang kurang menarik kepada menarik adalah sesuatu yang amat mudah. namun lain pulak ceritanya kepada mereka yang baru belajar photoshop seperti aku. walaupun photoshop adalah  software yang terbaik untuk editing gambar kerana selain daripada filter yang sedia ada, ia juga boleh ditambah baik dengan plug-in namun amat rumit bagi mereka yang baru belajar.

okey, Mungkin anda pernah merasa hairan bagaimana muka yang penuh jerawat atau penuh bintik-bintik hitam boleh menjadi halus dan mulus? sebenarnya ada beberapa cara untuk melakukanya, tetapi yang paling mudah adalah dengan menggunakan plugin

Okey disini ada satu plugin yang saya sarankan untuk gambar potrait terutamanya untuk gambar passport atau gambar kahwin iaitu plugin Imagenomic, selain  dapat memperbaiki kecacatan pada muka, ia juga boleh menghilangkan noise, dan anda boleh membuatkan gambar dalam keadaan black and white yang ala-ala zaman penjajah.

test

ini adalah antara contoh menggunakan plugin imagenomic :) yang anda boleh dapatkan daripada pakcik google

Selain dari itu anda juga boleh dapatkan plugin OnOne, Power Retouche, FaceShop dan banyak lagi untuk memperbaiki imej gambar anda.

Problema Mati Karan

Friday, May 15th, 2009 2 Commented

Categorized Under: General

Sudah beberapa hari Tawau dilanda mati karan (takde api ngehehehe”!)  setiap hari :( dan pada masa itu juga banyak kerugian yang dialami terutamanya dalam perniagaan yang bergantung kepada tenaga elektrik. expecially  cybercafe & pusat hiburan keluarga.

Jalan Besi buruk yang Usang

Sunday, May 10th, 2009 2 Commented

Categorized Under: Berita, General

Pemandangan Jalan Besi BurukPemandangan Kampung bukit Kukusan di waktu petang yang kurang daripada 100 meter dari jalan utama.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang Kampung Tanjung Batu tengah di Bukit Kukusan blok berhadapan dengan Besi buruk, kerana rata-rata daripada penduduk yang mendiami kawasan ini adalah terdiri daripada pemandu lori trailer dan sinonim dengan masyarakat berbangsa Bugis & Butun.

Apa yang ingin saya ketengahkan disini adalah masalah jalan yang amat daif. Walaupun sudah beberapa kali proses menabur batu kerikil di buat oleh pihak yang berwajib namun masalah jalan berlubang-lubang & penuh dengan debu tidak dapat diatasi. Untuk tahun ini sahaja lebih daripada 2 kali batu-batu kerikil ditabur, namun batu-batu berkenaan hanya besifat sementara, ini kerana batu-batu kecil itu tidak dapat menampung berat lori-lori yang sering berulang-alik masuk ke kampung dan diperkirakan hampir 50 buah rumah yang terdapat didalam kampung berkenaan.

jalan3

Gambar diatas adalah antara bukti jalan besi buruk yang berlubang-lubang walaupun ia baru beberapa bulan di tabur dengan batu kerikil

Ibu

Friday, May 8th, 2009 2 Commented

Categorized Under: General

hari-ibu

Satu Malaysia

Friday, May 8th, 2009 3 Commented

Categorized Under: Informasi

malaysia-bendera-jalur-gemilang

Apa itu satu malaysia? masing-masing punya persefsi? cuba-cubalah usha disini.  okey aku ingin kaitkan 1 malaysia dengan suku kaum yang ada di malaysia.

Kepada sesiapa yang pernah ke indonesia mesti tahu bagaimana cara hidup disana. pelbagai suku dan kaum namun mereka tetap hidup dengan satu bangsa yang di namakan bangsa Indonesia. Bukan itu sahaja kita boleh lihat bagaimana bangsa cina begitu fasih berbahasa indonesia, malah ada diantara mereka yang sudah lupakan bahasa ibunda mereka.

Satu lagi fakta penting, cubalah tanya kepada mana-mana orang yang datang dari bahagian indonesia kecuali nunukan &  sungai nyamuk, kerana kedua daerah ini sudah teramilasi dengan persekitaran Tawau,  dengan soalan kamu berbangsa apa? mesti mereka akan menjawab bangsa Indonesia.

Kenapa kita tidak boleh seperti mereka. Iya memang tidak semua Indonesia itu baik untuk di teladani namun dalam bab ini aku sangat ‘respect’. Kita di Tawau sangat berbeza sekali, dan yang paling menghairankan masih ramai warganegara yang tidak pandai berbahasa melayu.”paham-paham sendirilah ya! bukan menyindir!”

okeylah walaupun kita datang daripada pelbagai bangsa & pahaman namun aku yakin jika kita boleh contohi Indonesia dalam bab suku kaum, kita akan lebih baik dari yang sekarang!.